Garis Panduan
04 | Perisian Berlesen

Berdasarkan kepada Polisi ICT UTHM berkaitan dengan perisian berlesen pada bahagian Keselamatan dan Etika Pengguna ICT iaitu pemasangan, penempatan, penggunaan dan penjagaan kelengkapan ICT hendaklah mengikut prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua PTJ dan dikuatkuasakan oleh JTMB.

Di bawah para 7.0 Klasifikasi Maklumat
7.2.1 Keselamatan Perisian Bahagian Luaran
Bil 7.2.1.5 Perisian yang ada perlu dipastikan mempunyai kawalan capaian yang sesuai bagi mengelakkan data atau maklumat daripada terpadam.
Bil 7.2.1.6 Setiap perisian perlu mempunyai lesen yang sah dari segi undang-undang.

Di bawah para 10.0 Keselamatan Fizikal dan Persekitaran
10.2.2 Keselamatan dan Etika Penggunaan
Bil 10.2.2.1.a Menggunakan kemudahan perisian universiti bagi tujuan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah.
Bil 10.2.2.1.b Membuat salinan perisian yang berlesen kecuali mendapat kebenaran.

Di bawah para 17.0 Pematuhan
17.1.2 Hak Harta Intelek
Prosedur berikut perlu dipatuhi dalam penggunaan material yang mempunyai hak cipta dan perisian propritery:
1. Akta Hakcipta 1997 hendaklah sentiasa dipatuhi bagi menghalang aktiviti meniru hak cipta orang lain;
2. Penggunaan perisian yang sah;
3. Pembelian dari sumber yang sahih;
4. Mengekalkan daftar aset dan mengenalpasti semua keperluan perlindungan terhadap aset;
5. Memastikan bilangan had lesen tidak melebihi had ditetapkan;
6. Menjalankan pemeriksaan perisian yang sah dan produk berlesen digunakan; dan
7. Pengguna adalah dilarang daripada menyalahgunakan kemudahan pemprosesan maklumat untuk tujuan yang tidak dibenarkan.

Di bawah para 18.0 Etika Pengguna
18.1 Perisian tidak boleh disalahgunakan seperti:
Bil 18.1.b Membuat salinan perisian yang berlesen kecuali mendapat kebenaran.