Garis Panduan
08 | Penjagaan Makmal Berkomputer

Sumber : Seperti yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa ICT universiti Bil 3/2007

a) Pegawai bertugas berperanan sebagai front line technical support supaya tindakan awal dapat diambil sekiranya berlaku kerosakan kecil terhadap peralatan ICT.

b) Sekiranya bantuan teknikal diperlukan daripada PTM, pegawai petugas perlu melaporkan dengan segera kepada PTM.

c) Pegawai bertugas perlu mewujudkan satu fail untuk merekod inventori peralatan perisian dan manual yang dibekalkan oleh PTM.

d) Pegawai bertugas bertanggungjawab dalam memahami dan mempraktikkan Polisi ICT Universiti di makmal berkomputer.

e) Pegawai bertugas perlu mamastikan bahawa perisian yang berlesen sahaja digunapakai.

f) Perisian yang dibekalkan oleh PTM pada setiap komputer seperti Antivirus Universiti, Agent Pengurusan Desktop dan Powersoft Pro perlu dipasang serta digunapakai untuk meningkatkan sistem pengurusan dan keselamatan.

g) Memastikan semua peralatan yang dibekalkan oleh PTM (UPS, komputer, meja, kerusi, data recovery card dan lain-lain aksesori) berfungsi dengan baik.

h) Semua peralatan ICT adalah dibawah seliaan dan tanggungjawab pegawai bertugas di PTj semasa / selepas waktu operasi.

i) Pegawai bertugas perlu memahami kaedah penggunaan dan penyelenggaraan peralatan ICT yang telah dibekalkan.

j) Pegawai bertugas perlu memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas ICT dengan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak PTM atau Pejabat Pendaftar.

k) Pegawai bertugas perlu memberi kerjasama dan terlibat semasa perlaksanaan penyelenggaraan berkala oleh pihak PTM di makmal berkomputer PTj.

l) Pegawai yang bertugas perlu mengambil tindakkan tegas kepada pelajar yang tidak mematuhi Peraturan Penggunaan Makmal.

Nota:
– Keterangan (pegawai) adalah juruteknik dan jika tiada ia boleh terdiri daripada ketua makmal atau penjaga makmal tersebut.
– Perlaksanaan garis panduan penjagaan makmal berkomputer perlu dimaklumkan kepada semua pegawai bertugas.
– Apa-apa perlanggaran garis panduan adalah tertakluk kepada badan atau pihak berkuasa Universiti.