Garis Panduan
01 | Kata Laluan

Garis panduan ini merujuk kepada Garis Panduan Penggunaan Internet dan e-mel di agensi-agensi kerajaan.

Berikut adalah panduan untuk mengawalselia kata laluan :

1. Katalaluan hendaklah UNIK dan mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas.

    Contoh : j2-yU!pa

2. RAHSIAKAN katalaluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

3. Sekiranya katalaluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, anda hendaklah melaporkan kepada bahagian Keselamatan IT PTM. Katalaluan sedia ada akan diubah dengan serta merta.

4. UBAH katalaluan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan atau bila diperlukan.

5. Elakkan penggunaan semula empat(4) katalaluan yang terdahulu.

6. HAFAL katalaluan dan jangan sekali-kali menyalinnya di mana-mana media.

7. JANGAN benarkan pengguna lain menggunakan katalaluan anda bagi memasuki sebarang sistem.